fbpx

Majikan ugut bunuh pengawal peribadi kerana berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan belakang badan kedua-dua pengawal peribadi tersebut selepas dipukul menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Batu Nilam Klang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga majikan kepada dua pengawal peribadi sanggup menampar kepala termasuk mengacukan sepucuk pistol dan membuat ugutan bunuh kerana tidak suka kedua-dua lelaki berkenaan berpuasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 10 malam di Kondominium One Kl, Jalan Pinang dekat sini semalam.

“Suspek telah memarahi kedua-dua lelaki berkenaan dan menampar kepala salah seorang mangsa selepas mengetahui kedua-dua mereka berpuasa. Suspek juga telah membawa kedua-dua mangsa ke sebuah rumah di Batu Nilam, Klang sebelum memukul mereka menggunakan sebatang rotan.

“Kedua-dua mangsa juga telah diacukan pistol jenis Glock milik salah seorang pengawal peribadi tersebut dan membuat ugutan bunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati kedua-dua mereka yang berusia 26 dan 43 tahun telah bekerja di syarikat tersebut selama 3 serta 7 tahun.

“Suspek juga telah memaksa kedua-dua mereka untuk tidak berpuasa dan apabila mereka enggan mengikut arahan tersebut, suspek telah bertindak menampar dan memukul menggunakan sebatang rotan sehingga menyebabkan salah seorang lebam pada bahagian badan dan mengalami pembekuan darah.

“Suspek bagaimanapun telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” tegasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun yang sama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI