fbpx

Netizen kritik harga motosikal terlalu mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar emel yang dihantar kepada pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Satu aduan yang di emel kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendakwa harga motosikal berkuasa 155cc dijual terlalu mahal di pasaran tular di media sosial.

Berdasarkan aduan dalam emel tersebut, harga pelancaran motosikal model baharu itu cuma RM10,888, tetapi motosikal berkenaan didakwa dijual di kedai pada harga lebih RM13,000.

“Alasan (penjual) stok motosikal itu susah didapati. Kedai juga mengenakan syarat menunggu lebih lama jika ingin membeli secara tunai dan mengutamakan pembelian secara hutang.

“Kegiatan licik ini sebenarnya telah mula terjadi ketika model sebelumnya. Rata-rata harga jualan lebih RM9,500 sedangkan ‘harga body’ sekitar RM8,000.

“Tidak mungkin (kos) insurans, cukai jalan dan proses pendaftaran sehingga lebih RM1,500,” kata emel tersebut.

Kata aduan berkenaan, memaksa pengguna membeli secara hutang serta meningkatkan harga jualan sesuka hati merupakan perbuatan yang sangat tidak bermoral.

Aduan itu mendapat perhatian netizen dengan menyokong dakwaan motosikal yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia itu dijual terlalu mahal di pasaran.

Netizen menggunakan akaun Facebook Mustaffa Kamal mendakwa, keadaan itu berlaku disebabkan motosikal jenama tersebut mendapat permintaan tinggi oleh orang ramai.

Dakwa beliau, peniaga memanipulasi harga kerana tahu peminat motosikal itu tidak sabar mahu membelinya.

Pemilik akaun Facebook Muhd. Zahir berkata, baru-baru ini dia berhasrat membeli motosikal secara tunai, tetapi penjual mendakwa perlu menunggu stok dan jika mahu dapat segera perlu buat pinjaman kedai.

Akaun Facebook Mohd. Rahimi Rosdi meminta KPDNHEP menyiasat perkara itu bagi menjamin hak pengguna. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI