fbpx

Jual air kosong mahal, 15 peniaga terima notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa anggota KPDNHEP Pulau Pinang sedang memeriksa premis yang turut menjual air kosong dalam Op Catut 8.0 yang bermula sejak 7 April lalu.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengeluarkan sebanyak 15 notis terhadap peniaga yang menjual air kosong mahal dalam Ops Catut 8.0 sehingga semalam.

Pengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, operasi enam hari bermula sejak 7 April lalu itu melibatkan pejabat cawangan KPDNHEP Timur Laut dan Seberang Perai Utara.

“Sebanyak 35 premis yang menjual minuman air kosong diperiksa termasuklah restoran-restoran mewah dan biasa, kedai makanan segera serta warung.

“Purata harga air kosong yang dijual ialah sekitar 50 sen serta ada yang menjual melebihi harga RM1 segelas dan diberikan notis untuk mendapatkan maklum balas penetapan harga oleh peniaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Ridzuan, kesemua notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI