fbpx

Geng Datin seludup ketum tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (kiri) menunjukkan sebuah lori yang digunakan untuk membawa daun ketum dan ubat batuk di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Polis berjaya mematahkan cubaan menyeludup daun ketum seberat satu tan dan 2, 088 botol ubat batuk yang diketuai seorang wanita berketurunan Siam digelar ‘Datin’ di Jalan Gua Musang-Lojing di sini kelmarin.

Dua lagi Geng Datin iaitu lelaki berusia 24 dan 31 tahun turut ditahan bersama empat kenderaan termasuk sebuah lori yang sarat muatan daun ketum yang disembunyikan dalam ladang sawit dekat Pos Blau.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, dalam tangkapan pukul 7.30 petang itu, polis telah menahan seorang wanita memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Alphard yang melalui jalan itu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil soal siasat terhadap wanita berusia 52 tahun itu membawa kepada penemuan empat lagi kenderaan iaitu lori jenis Isuzu, MPV jenis Perodua Alza, kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Proton Persona dalam kawasan sebuah ladang sawit.

“Berdasarkan maklumat itu, Bahagian Narkotik dan Jenayah daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang telah menyerbu ke lokasi itu sebelum menahan dua lelaki.

“Bagaimanapun, dua lagi lelaki yang dipercayai pemandu kenderaan berkenaan sempat melarikan diri,” katanya pada sidang akhbar di IPD Gua Musang di sini hari ini.

Choon Foo berkata, sindiket tersebut dipercayai menggunakan lori untuk menjalankan aktiviti perdagangan malah mereka turut dikesan menggunakan tonto melepasi sekatan jalan raya (SJR).

Katanya, tugas tonto itu dilakukan oleh wanita berkenaan yang akan berperanan sebagai pemberi maklumat dan berada di sekitar kawasan SJR untuk memerhati pergerakan pihak berkuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI