fbpx

12 premis judi haram diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas semasa Ops Dadu di Butterworth kelmarin.

SEBERANG PERAI – Seramai 19 individu yang disyaki terlibat kegiatan judi online haram ditahan polis menerusi serbuan di 12 premis berbeza di sekitar Butterworth di sini kelmarin.

Ops Dadu selama tujuh jam bermula pukul 12 tengah hari itu membabitkan pasukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, individu yang ditahan membabitkan 12 lelaki dan tujuh wanita berusia di antara 22 hingga 58 tahun termasuk empat pelanggan.

“Serbuan membabitkan premis persendirian yang disewa dengan berselindung di sebalik kedai telefon dan kedai kopi selain di kawasan lapang serta dalam kereta.

“Siasatan awal mendapati premis-premis berkenaan pernah diserbu dalam tempoh dua tahun sebelum ini kerana kesalahan sama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, pihaknya merampas pelbagai barangan termasuklah 14 unit telefon bimbit, (lima) alat pencetak, (79) kertas bercetak angka, (dua) kerusi plastik serta masing-masing sebuah kalkulator, meja plastik dan kereta jenis Toyota Vios.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM13,581 bagi membantu siasatan.

“Dengan bantuan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), kita turut membuat pemotongan bekalan elektrik di premis terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Sekayen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI