fbpx

Thailand tidak benarkan pesakit Covid-19 dikuarantin di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Tentera Diraja Thailand menyediakan katil untuk pesakit Covid-19 di sebuah hospital lapangan yang disediakan di Chiang Mai. – AFP

BANGKOK – Kementerian Kesihatan Awam Thailand menjelaskan bahawa pihaknya tidak membenarkan pesakit Covid-19 menjalani rawatan di rumah, lapor akhbar The Nation Thailand semalam.

Sebaliknya, jika hospital kerajaan penuh, kementerian itu akan menghantar pesakit ke hospital lapangan. Kerajaan juga menggunakan sistem hotel separa hospital (hospitel) bagi merawat pesakit dengan simptom sederhana.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr. Opas Karnkawinpong berkata, tidak seperti negara-negara lain, Thailand tidak mempunyai polisi membenarkan pesakit Covid-19 dikuarantin di rumah.

“Mereka yang dijangkiti mesti dimasukkan ke hospital,” ujarnya.

Beliau berkata, majoriti pesakit yang dijangkiti dalam gelombang baharu Covid-19 di Thailand  mempunyai simptom ringan.

“Jadi, sistem hotel disesuaikan menjadi hospitel yang lengkap dengan perubatan dan penjagaan kesihatan awam.

“Terdapat ribuan bilik disediakan, dan jika ada ramai pesakit, hospital lapangan akan dibangunkan di Bangkok,” katanya.

Selain itu, rakyat Thailand atau warganegara asing yang bergejala turut boleh mengesan jangkitan secara percuma memandangkan kerajaan Thailand memberi subsidi untuk bayaran pemeriksaan Covid-19. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN