fbpx

Solat tarawih hanya 10 rakaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Arab Saudi, Raja Salman menitahkan rakaat solat tarawih dipendekkan menjadi 10 rakaat. - Saudi Gazette

JEDDAH – Raja Arab Saudi, Raja Salman menitahkan agar rakaat solat tarawih pada bulan Ramadan bermula malam ini di dua masjid paling suci di Mekah dan Madinah dipendekkan, lapor Saudi Gazette, semalam.

Ketua Pengurusan Dua Masjid Paling Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais mengatakan bahawa solat tarawih akan dipendekkan menjadi 10 rakaat daripada 20 rakaat.

Ia berikutan bagi mematuhi  langkah-langkah  pencegahan jangkitan Covid-19 yang disiapkan oleh pihak pengurusan dan agensi lain yang berkaitan yang terlibat dalam melayani jemaah demi memastikan keselamatan mereka daripada koronavirus.

Abdul Rahman menekankan keinginan kerajaan Arab Saudi untuk terus membolehkan para jemaah melaksanakan ibadat mereka dalam ruang lingkung yang selamat dan memenuhi semua standard kesihatan global yang digunakan dalam bidang kawalan jangkitan.

“Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad Bin Salman terus menerus memastikan semua pihak akan memberikan layanan terbaik untuk para jemaah dalam suasana  yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Pengurusan telah melengkapkan kemampuan tenaga manusia dan mekanik sepenuhnya untuk melayan jemaah sepanjang bulan Ramadan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam melayani tetamu di rumah Tuhan, ”katanya.

Pihak berkuasa Arab Saudi membenarkan rakyatnya menunaikan Umrah dan solat di Dua Masjid Suci ketika Ramadan yang dijangka bermula esok tetapi menangguhkan ritual i’ikaf (bertafakur selepas solat) dan majlis berbuka puasa di dalam masjid. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI