fbpx

Jin-young keluar tentera masuk Police Academy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIN-YOUNG

TANGGAL 9 April lalu, penyanyi Jin-young daripada kumpulan B1A4 secara rasmi telah menamatkan sesi latihan ketenteraan wajib yang dijalaninya sebelum ini.

Dia yang memulakan latihan sejak Jun 2019 menerima Gred 4 untuk ujian fizikal berikutan masalah kecederaan bahu yang dialaminya.

Berikutan penamatan latihan tersebut, agensi BB Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu bahawa pelakon itu sedang meneliti satu tawaran drama.

Difahamkan, Jin-young menerima tawaran berlakon untuk sebuah drama baharu terbitan KBS berjudul Police Academy.

“Menamatkan latihan pada 9 April! Saya sudah kembali. Terima kasih banyak kepada semua yang menanti saya kembali.

“Saya akan memberikan kualiti kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Jaga kesihatan dan ceria selalu,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu menerusi Instagramnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI