fbpx

Ajar burung kenari tiru pelbagai jenis suara di sekolah burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mastering Cibodas Canary kini mempunyai 12 ekor burung kenari yang belajar di situ. - SuaraJabar.id / Ferry Bangkit

JAKARTA – Seorang peminat burung menjadikan hobinya bertambah menarik dengan membuka sebuah ‘sekolah’ yang mengajar burung untuk meniru pelbagai jenis suara, lapor laman berita Suara.com baru-baru ini.

Dicky, 45, membuka sekolah burung tersebut yang dikenali sebagai Mastering Cibodas Canary di rumahnya di Bandung Barat sejak Oktober 2020.

Buat masa ini, pusat itu mampu menampung 12 ekor burung kenari milik peminat haiwan tersebut yang datang dari pelbagai daerah.

“Pada permulaannya, hanya ada empat ekor burung yang mendaftar ke sekolah ini. Sekarang sudah ada 12 ekor.
“Burung-burung kenari itu diberikan pembelajaran khusus agar ia dapat meniru pelbagai jenis suara,” ujar Dicky.

Antara jenis burung kenari yang belajar di sekolah itu termasuk Yorkshire, F1 dan F2, Hybrid, gabungan Yorkshire dan tempatan serta Scotch Fancy.

Tambah Dicky, tempoh yang diperlukan untuk mengajar burung-burung ini untuk mahir adalah sekitar lima bulan.

Selepas tamat belajar, burung-burung tersebut akan diberikan sijil sebagai bukti tamat pengajia. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN