fbpx

17.6 tan racun perosak haram dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jabatan Pertanian merampas kira-kira 17.6 tan racun perosak haram yang cuba dibawa masuk ke negara ini.

SEBERANG PERAI – Jabatan Pertanian merampas kira-kira 17.6 tan racun perosak haram yang cuba dibawa masuk ke negara ini menggunakan sebuah kontena melalui Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini baru-baru ini.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Mohd. Nasir Warris berkata, rampasan produk tidak berdaftar dari China itu dibuat hasil pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan dan Kuarantin Malaysia (Maqis) yang diisytihar sebagai baja oleh sebuah syarikat.

Beliau berkata, ia merupakan rampasan terbesar pihaknya tahun ini membabitkan 17,600 kilogram (kg) cecair paraquat dichloride 42 peratus yang diisi di dalam 80 tong dram.

“Ia merupakan racun makhluk perosak teknikal gred yang digunakan untuk pengilangan bagi menghasilkan produk racun perosak lain.

“Jika dikilangkan ia boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 3,000 tong paraquat dichloride 13 peratus (tong) 20 liter bernilai kira-kira RM450,000,” katanya pada sidang akhbar di Kepala Batas di sini hari ini.

Mohd. Nasir berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan memandangkan penggunaan racun perosak jenis paraquat dichloride telah diharamkan di negara ini sejak 1 Januari tahun lalu.

“Ini kerana, ia amat membahayakan kepada pengguna racun sendiri seperti merosakkan mata, pengsan dan boleh menyebabkan kematian.

“Kita juga menjalankan sebanyak 500 pemeriksaan setahun dan mengambil tindakan ke atas kira-kira 40 premis setahun yang menjual racun perosak secara haram,” katanya.

Ujarnya, kesalahan itu termaktub di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI