fbpx

Macam bidadari dunia, manisnya Nora Danish bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI peminat memuji kecantikan Nora memakai tudung.

KALAU dah namanya cantik, pakailah apa sahaja, mesti akan terletak elok. Begitu juga dengan pelakon comel Nora Danish yang baru-baru ini mengundang perhatian peminat apabila berkongsi gambarnya memakai tudung.

Comel, cantik dan ayu! Itu antara komen positif ditujukan kepada Nora yang memakai sehelai baju dipadankan dengan jaket jeans berwarna putih dan mengenakan tudung berona sama.

Ramai kata Nora kelihatan bertambah cantik apabila bertudung. Alahai, ayu sungguh macam bidadari dunia katanya. Malah peminat juga memuji kecantikannya yang langsung tidak dimamah usia meskipun menghampiri angka 40 tahun. Macam budak remaja.

Difahamkan, Nora mengenakan imej berkenaan ketika menghadiri sidang akhbar sebuah kempen.

Di sebalik komen peminat yang memuji kecantikan pelakon drama Bougainveilla itu, ada segelintir yang menitipkan doa agar hatinya terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya nanti.

Apatah lagi dengan kedatangan Ramadan beberapa hari lagi, peminat mengharapkan agar Nora istiqamah mengenakan tudung sekali gus menghormati kesucian bulan tersebut. Kita doakan yang baik-baik okey.

DIVA: Ramai kata Nadia Brian pasang badan masa dalam tempoh edah. Diva rasa dulu pun Nadia memang begitu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI