fbpx

Kelantan turut batal semua majlis rasmi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan membatalkan semua majlis rasmi kerajaan yang melibatkan aktiviti berkumpul dan berhimpun berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini.

Katanya, menerusi mesyuarat itu, Menteri Besar telah membuat keputusan bahawa semua program dan majlis rasmi kerajaan yang melibatkan perhimpunan serta aktiviti berkumpul dibatalkan melainkan mesyuarat sahaja.

“Langkah ini diambil sebagai satu usaha untuk membendung penularan Covid-19 di negeri Kelantan.

“Pembatalan ini berkuatkuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak,” katanya dalam satu surat rasmi kepada semua semua ketua jabatan di Kelantan. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI