fbpx

Selangor FC, KL City unggul di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paulo Josue (kiri) berjaya meledak satu gol untuk menghadiahkan kemenangan 2-1 pasukan KL City ke atas Sri Pahang. - Foto oleh KL City

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan ke atas seteru tradisi, Perak FC dengan kemenangan 3-0 pada aksi Liga Super sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Gergasi Merah yang dikendalikan oleh Karsten Neitzel tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan hasil jaringan Ifedayo Olusegun seawal minit ke-7.

Nasib The Bos Gaurus bertambah malang apabila Olusegun menggandakan kelebihan buat pasukan tuan rumah selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-31.

Bersambung separuh masa kedua, penyerang import dari Bahrain itu meledak hatrik selepas bijak menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-71 sekali gus mengesahkan tiga mata berharga buat pasukan.

Pasukan kendalian Chong Yee Fatt itu bagaimanapun meraih gol saguhati menerusi rembatan pemain gantian, Mohd. Farid Khazali pada masa kecederaan.

Sementara itu di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, saingan melibatkan Kuala Lumpur City FC (KL City) menentang Sri Pahang FC berkesudahan 2-1 dengan kemenangan turut berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Bojan Hodak dapat meraih gol hasil jaringan tunggal kapten pasukan, Paulo Josue seawal minit ke-18.

Bersambung pada babak kedua, Daniel Ting menggandakan kelebihan dengan jaringan pada minit ke-70.

Kebangkitan yang cuba dipamerkan oleh pasukan pelawat dengan meledak gol menerusi pemain import, Herold Goulon pada masa kecederaan bagaimanapun sudah terlewat untuk skuad Tok Gajah membawa pulang sebarang mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN