fbpx

Penganjur sukan permotoran didenda RM20,000 selepas degil patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video keadaan di kawasan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang dipenuhi orang ramai.

PETALING JAYA – Penganjuran Musc Drag Racing dikenakan kompaun RM20,000 selepas dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menganjurkan aktiviti tersebut di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam semalam.

Penganjuran tersebut merupakan aktiviti pertama yang dibenarkan dengan kehadiran 2,000 penonton ke Sepang, namun pihak penganjur dilihat gagal mematuhi SOP dengan baik.

Pihak penganjur Musc dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut dan memohon maaf selepas gagal melaksanakan acara itu dengan norma baharu.

“Berkenaan kompaun yang tular di media sosial, kami selaku penganjur mengesahkan di sini bahawa kami gagal melaksanakan acara ini di dalam ketetapan norma baharu.

“Matlamat utama kami mengadakan acara sukan ini ialah untuk membantu merancakkan kembali sektor automotif kita yang cukup terkesan sejak dilanda pandemik Covid-19.

“Kegagalan kami mengawal penjarakan sosial mengakibatkan beberapa kali acara ini terhenti sehingga akhirnya kami terpaksa akur dikenakan kompaun.

“Justeru, kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat tanpa kami menyalahkan mana-mana pihak sama ada agensi penguatkuasa, penyedia litar iaitu SIC, rakan-rakan program, pasukan drag, pengunjung dan semua ‘follower’ Musc Drag Racing.

“Yang buruk sentiasa daripada kami, yang sempurna adalah anda semua. Salam Ramadan dan sekian,” katanya.

Kompaun tersebut dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI