fbpx

Lima terbunuh dalam keganasan pilihan raya di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beribu-ribu orang terbunuh dalam keganasan politik yang berlarutan selama beberapa dekad di Bengal Barat, timur India. -AFP

NEW DELHI  – Lima orang terbunuh dalam pertumpahan darah  semasa pilihan raya di negeri Bengal Barat hari ini termasuk empat daripada mereka ditembak mati pasukan separa tentera, kata beberapa pegawai.

Mereka berkata, pasukan keselamatan terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Beribu-ribu orang terbunuh dalam keganasan politik yang berlarutan selama beberapa dekad di Bengal Barat, timur India, manakala pilihan raya negeri kali ini mencetuskan pertempuran berdarah antara parti-parti yang berseteru.

Insiden terbaharu di daerah Coochbehar, utara negeri itu  yang terletak 700 kilometer  dari Kolkata menyaksikan lebih 400 orang mengepung pasukan separa tentera yang mengawal sebuah pusat mengundi.

“Pasukan separa tentera melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri selepas dicabar oleh lebih 400 orang,” kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Orang ramai membentuk bulatan mengelilingi pasukan keselamatan dan cuba merampas senapang mereka. Empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan itu,” katanya.

Bercakap dalam satu perhimpunan politik di Siliguri, Perdana Menteri, Narendra Modi berkata bahawa  Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee dan konconya telah melakukan provokasi sehingga  memaksa pasukan keselamatan melepaskan tembakan.

Polis berkata, di daerah lain pula seorang pegawai negeri ditembak mati dalam perbalahan antara penyokong Benarjee dan penyokong Modi dari Parti Bharatiya Janata (BJP).  – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN