fbpx

10 fakta menarik mengenai Putera Philip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Philip dalam kenangan. (1921-2021). - AFP

Pemergian Putera Philip yang merupakan suami kepada Ratu Elizabeth semalam dianggap satu kehilangan besar buat keluarga diraja Britain dan seluruh dunia.

Selama 74 tahun berada di samping permaisuri hatinya yang tercinta, Duke of Edinburgh itu disifatkan Ratu Elizabeth sebagai ‘kekuatannya yang berterusan dan abadi’.

Menjadi suami kepada seorang ratu dan perlu sentiasa berada di belakang wanita hebat itu tidak memudarkan cinta putera dari Greece dan Denmark ini terhadap isterinya.

Putera Philip mengahwini Ratu Elizabeth yang ketika itu bergelar Puteri Elizabeth pada 20 November 1947 di Westminster Abbey. – AFP

Meskipun terkenal dengan sifatnya yang lantang bersuara serta tidak gentar untuk meluahkan apa yang terlintas di fikirannya, Putera Philips sebenarnya ialah seorang lelaki yang mementingkan keluarga.

Beliau malahan menjadi ‘sahabat baik’ kepada Puteri Diana, yang merupakan menantunya ketika Puteri Wales itu mula menyertai keluarga diraja Britain pada tahun 1981 selepas mengahwini Putera Charles.

Banyak lagi fakta menarik yang sebenarnya tidak ramai yang tahu mengenai bekas tentera laut diraja ini.

Jadi, berikut merupakan 10 fakta menarik mengenai Putera Philip, Duke of Edinburgh:

Beliau berkhidmat secara aktif dalam Tentera Laut Diraja ketika Perang Dunia Kedua. – AFP
  • Lahir sebagai seorang putera Greece dan Denmark di Pulau Corfu, Greece pada 10 Jun 1921.
  • Merupakan putera bongsu dan satu-satunya anak lelaki Putera Andrew dari Greece dan Denmark serta Puteri Alice dari Battenberg, Jerman. Beliau mempunyai empat adik beradik perempuan.
  • Selepas tamat sekolah, Prince Philip mengambil peperiksaan perkhidmatan awam dan diterima untuk memasuki Tentera Laut Diraja.
  • Berkhidmat secara aktif dalam Tentera Laut Diraja ketika Perang Dunia Kedua.
  • Merupakan seorang juruterbang yang berkelayakan, dengan jam penerbangan sebanyak 5,986 jam untuk 59 jenis pesawat.
  • Beliau merupakan ahli keluarga diraja Britain yang tertua dan paling lama berkhidmat.
  • Memahami sedikit bahasa Greek dan menggunakan tandatangan ‘phi’ pada lukisannya yang bermaksud ‘p’ dalam Bahasa Greek.
  • Putera Philips telah menjalankan sebanyak 22,219 program penglibatan secara solo antara tahun 1952 hingga persaraannya pada 2017. Beliau telah menyampaikan sebanyak 5,496 ucapan dan 785 organisasi telah melantiknya sebagai penyokong, presiden atau ahli.
  • Beliau dan Ratu Elizabeth bertemu pada tahun 1939 apabila Raja George VI melawat kolej ketenteraan lautnya. Pasangan ini kemudiannya saling bertukar surat ketika Perang Dunia Kedua dan beliau melamar permaisuri pada tahun 1946.
  • Mengahwini Ratu Elizabeth yang ketika itu masih bergelar Puteri Elizabeth pada 20 November 1947 di Westminster Abbey.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN