fbpx

Watak idaman Jang Nara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANG NARA

AKTRES cantik Jang Nara mengakui gementar membawa watak sebagai Hong Ji-ah menerusi naskhah terbaharu berjudul Sell Your Haunted House.

Pun begitu, aktres berumur 40 tahun itu pada masa sama meluahkan rasa gembira kerana berpeluang menjayakan watak yang sudah lama diidamkannya sejak mula bergelar pelakon.

“Watak Ji-ah dalam drama ini memaparkan seorang wanita berdikari dan memegang banyak rahsia serta misteri.

“Ini merupakan kali pertama saya membawakan watak sebegini. Ternyata sangat berbeza daripada watak-watak yang pernah saya jayakan sebelum ini,” kata Nara dalam satu temu bual.

Malah Nara turut menyifatkan, tawaran yang diterimanya sebagai satu cabaran dan perlu menjayakannya dengan sebaik mungkin.

Drama yang akan menemui penonton bermula 14 April depan tersebut turut dibintangi penyanyi Jung Yong-hwa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI