fbpx

Serina kembali bergelar isteri kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERINA kini bergelar isteri kepada Aidid.

PETALING JAYA – Setelah lebih tiga tahun menjanda, pelakon Serina Redzuawan kini kembali bergelar isteri kepada seorang lelaki dikenali sebagai Aidid.

Majlis pernikahan mereka berlangsung secara kecil-kecilan hari ini.

Perkara  tersebut dimaklumkan sendiri Serina menerusi satu hantaran dalam Instagramnya.

“Bismillahirahmanirahim. Sempena hari Jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya nak umumkan bahawa saya telah selamat mendirikan masjid bersama suami.

“Majlis nikah kami dibuat secara tertutup sahaja. Alhamdulillah selesaikan yang wajib dahulu. Benar jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu ditangan Allah SWT.

“Kita yang dilahirkan di bumi semuanya telah tertulis di kitab Loh Mahfuz. Alhamdulillah dialah yang terbaik yang Allah SWT kirimkan untuk menjadi imam dan khalifah buat keluargaku,” tulisnya dalam Instagram yang turut disertakan beberapa keping gambar.

Menerusi hantaran sama, pelakon filem Potret Mistik itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada bapanya yang merupakan cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan kerana merestui perkahwinan keduanya itu.

“Terima kasih papa merestui perkahwinan kami. Insya-Allah selepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran papa ya.

“Terima kasih juga buat sahabat yang tidak putus doakan Serina dan Aidid (suami),” ujarnya.

Terdahulu, kisah perkahwinan kedua Serina menjadi heboh apabila menyuarakan hasrat untuk berkahwin namun mendapat leteran terbuka panjang lebar oleh Chef Wan. 

Sebagai bapa, Chef Wan atau Redzuawan Ismail menasihati anak sulungnya itu agar mengenali hati budi bakal suaminya terlebih dahulu sebelum benar-benar nekad untuk berkahwin. 

Chef Wan turut menolak permintaan Serina untuk melangsungkan perkahwinan di kediamannya kerana tidak mahu lagi menanggung kos perkahwinan anaknya.Dia sebaliknya menyarankan Serina berkahwin di masjid bagi mengelakkan pembaziran.

Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu  Tristan Tareef O’luanaigh,11 dan Isabella Saffiya, sembilan tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI