fbpx

Selangor jadi perintis program i-Pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazmie (tengah) menyaksikan Sutekno (dua dari kiri) dan Zulkifli saling bertukar dokumen LOI, hari ini.

SHAH ALAM – Selangor dipilih menjadi perintis secara sistem pendigitalan pengurusan klien (penagih dadah) menggunakan aplikasi dinamakan i-Pulih.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Norazmie Diron berkata, program itu merupakan antara rawatan psikososial menggunakan Modul Kepimpinan Kendiri (SLC) yang dijayakan menerusi kerjasama antara pihaknya, AADK dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam meningkatkan kadar pemulihan penagih dadah di negeri ini.

“Saya mengharapkan dengan pelancaran aplikasi i-Pulih ini, AADK bersama UPM akan dapat mencungkil dan menggilap bakat serta potensi sebenar diri klien (penagih dadah).

“Melalui pendekatan Transformasi Pendigitalan Program Rawatan i-Pulih ini diharapkan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan di negeri ini tampil dalam usaha membasmi penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Surat Niat (LOI) antara AADK dan UPM di Hotel Concorde hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi UPM, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Idrus.

Sementara itu, Pensyarah Psikologi di Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM, Prof.Madya Dr. Hanina H.Hamsa berkata, modul SLC dimulakan di Jelebu, Negeri Sembilan pada tahun 2017 melibatkan 17 klien.

“Program inovasi sosial di bawah modul SLC yang saya jalankan akhirnya berjaya menyembuhkan 14 daripada 17 klien. Kejayaan tersebut membuktikan modul tersebut berjaya dan wajar dimanfaatkan.

“Hasil daripada modul SLC itu, AADK dan UPM bekerjasama membangunkan modul tersebut melalui sistem pengurusan klien secara digital menggunakan aplikasi i-Pulih,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI