fbpx

Nicky masih dalam negara, gambar diedarkan di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar (kiri) menanam pokok bonsai pada majlis perasmian IPD Temerloh di Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Polis percaya ahli perniagaan dalam buruan Datuk Seri Nicky Liow Soon yang dipercayai terlibat dalam jenayah terancang masih berada di dalam negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar, berkata sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang maklumat individu berkenaan berjaya melepasi sempadan negara.

“Pihak KDNKA terutama Pasukan Gerakan Am (PGA) sedang memperketatkan kawalan di sempadan yang mana gambar-gambar Nicky telah kita edarkan dan insya Allah kalau dia cuba melalui sempadan kita akan tangkap.

“Setakat ini kita tidak ada maklumat bahawa dia ada melepasi sempadan kita terutama jalan-jalan tikus dan sebagainya,”katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Temmerloh di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan; Timbalan Pengarah KDNKA, Datuk Azri Ahmad dan Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman.

Pada majlis itu Abd. Rahim menyempurnakan perasmian IPD Temerloh yang siap pada 22 April 2013 sebelum memulakan operasi pada 1 September 2013.

Kosmo! pada 31 Mac lalu melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan sindiket jenayah terancang geng yang didalangi oleh Nicky yang juga merupakan pengasas Winner Dynasty Group.

Dalam operasi bermula pada 20 hingga 28 Mac itu, polis melakukan 70 serbuan dan menahan seramai 118 individu termasuk dua adik kepada Nicky masing-masing bergelar Datuk Seri dan Datuk berusia 28 dan 30 tahun.

Menurut Abd. Rahim, usaha memburu Nicky sedang giat dilakukan melibatkan semua pasukan polis di seluruh negara.

Sementara itu, mengulas mengenai usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman beliau berkata, pada masa ini tiada pengesahan yang melaporkan usahawan kontroversi berkenaan berada di luar negara dan usaha mengesan terus dilakukan.

“Kita cuma dikatakan dia ada di Thailand cara mana dia masuk pun kita tidak tahu tetapi waktu dia dikatakan keluar itu kita masih belum diminta bantuan ambil tindakan mungkin waktu itu dia ambil kesempatan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada kebenaran kepada mana-mana individu untuk merentas negeri sempena permulaan puasa Ramadan tidak lama lagi dalam usaha berterusan mengelak penularan wabak Covid-19.

Justeru itu beliau berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana individu yang cuba menipu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri atau yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI