fbpx

Kerajaan negeri siasat isu pajakan tanah Ladang Tennamaram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Fail. Peneroka yang membuat bantahan berhubung isu pajakan di Ladang Tennamaram, Bestari Jaya. - FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Siasatan dalaman dan semakan terperinci sedang dijalankan Pejabat Tanah dan Galian Selangor berhubung isu pajakan tanah di Ladang Tennamaram, Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwariya Zulkifli berkata, kerajaan negeri mengambil serius tuduhan berkaitan isu tersebut.

“Selari dengan nilai-nilai seperti kebertanggungjawaban dan ketelusan, pentadbiran Selangor tidak akan sekali-kali berkompromi dengan sebarang elemen rasuah dan salah guna kuasa di semua peringkat.

“Justeru, kerajaan negeri bersedia dan akan memberi kerjasama sebaiknya kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Kira-kira 700 peneroka ladang kelapa sawit dan pekebun kecil di Kampung Tanjong Pasir dan Kampung Seri Makmur, Bestari Jaya di sini, mendakwa kerajaan negeri telah memajak tanah yang diusahakan mereka kepada tiga buah syarikat secara meragukan.

Juwariya menegaskan kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak akan melindungi mana-mana pesalah.

“Ini demi menjunjung prinsip luhur reformasi yang berteraskan ketelusan dan akauntabiliti kepada semua,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI