fbpx

Ramai ‘cemburu’ tengok kebahagiaan Lofa, Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAHAGIAAN Neelofa dan Haris membuatkan ramai netizen terutama wanita meluahkan hasrat ingin mendirikan rumah tangga.

Nama pasangan selebriti Neelofa dan Haris masih menjadi bualan ramai dalam kalangan netizen minggu ini.

Selain isu panas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP), tetap terselit perkara positif tentang mereka apabila netizen dihujani dengan lambakan video romantis pasangan itu sejak bergelar suami isteri.

Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja video mereka tular dalam media sosial. Ada aksi berbisik manja, tidak kurang gelagat mereka bergurau senda.

Barangkali ‘geram’ melihat aksi bahagia pasangan itu, ramai pula netizen khususnya golongan wanita melahirkan hasrat ingin berumah tangga. Amboi! Hebat ya penangan Neelofa dan Haris. Bukan biasa-biasa.

Katanya, mereka mahukan sebuah perhubungan halal seperti pasangan itu.

Ramai yang mula lahirkan rasa cemburu melihat kebahagiaan merpati dua sejoli itu. Menurut netizen, mereka juga mahu rasa bahagia.

Jika perkara baik, tidak salah sekiranya dijadikan contoh. Untuk perkara tidak baik pula, tolak sahaja ketepi ya semua dan ambillah iktibar.

MIZZ LAHAR: Tiba-tiba teringin juga nak ada seorang suami yang berakhlak mulia dan boleh membimbing seperti Haris. Semoga Tuhan makbulkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI