fbpx

Perbincangan F1 kembali ke Sepang sedang berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KALI terakhir Litar Antarabangsa Sepang menjadi penganjur perlumbaan F1 pada musim 2017.

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) mengakui pihaknya sedang melakukan perbincangan bersama penganjur perlumbaan untuk membawa masuk semula perlumbaan kereta berprestij dunia, Formula Satu (F1) ke Malaysia tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, keputusan akhir penganjuran F1 hanya terletak di tangan kerajaan selepas kali terakhir dianjurkan pada 2017.

“Apa yang saya boleh katakan, ketika ini kita sedang melakukan perbincangan dengan F1 dan buat masa ini kita belum dapat sebarang proposal lagi daripada pihak mereka.

“Buat masa ini masih dalam proses perbincangan. F1 akan kembali semula atau pun tidak ia bergantung kepada proposal dan juga keputusan kerajaan untuk membawa semula perlumbaan ini pada masa akan datang,” katanya dalam satu sidang video bersama pemberita semalam.

Pada 2017, F1 Grand Prix (GP) Malaysia ‘direhatkan’ selepas 19 tahun menganjurkannya bermula pada musim 1999 sebelum menarik diri ekoran mendapati acara tersebut tidak menguntungkan.

“Kali terakhir kita menganjurkan perlumbaan F1 pada musim 2017. Kita perlu melihat semula bagi tempoh 5 tahun sama ada F1 ini menguntungkan atau pun tidak.

“Jika ingin mengembalikan F1 sememangnya memerlukan perbelanjaan yang lebih besar berbanding MotoGP menyebabkan perkara ini masih dalam perbincangan untuk mengenalpasti pelbagai faktor untuk meneruskan rancangan tersebut,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI