fbpx

Lelaki pengsan lepas kemaluan dipotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Di Tasik Alam Impian, Seksyen 35 di Shah Alam inilah mangsa dicederakan oleh sekumpulan lelaki pada Ahad lalu.

SHAH ALAM – Seorang lelaki terpaksa menerima hakikat meneruskan hidup tanpa kemaluan selepas dipotong sekumpulan lelaki di Tasik Alam Impian, Seksyen 35 di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam, Ahad lalu itu, mang­sa yang merupakan warga Pakistan turut diminta melakukan ketuk ketampi.

Kejadian dipercayai berlaku selepas warga asing berusia 34 tahun itu yang duduk berseora­ngan di tasik berkenaan didatangi empat hingga enam lelaki.

Sumber berkata, kumpulan suspek itu bertanyakan kepada mangsa mengenai statusnya sama ada telah berkahwin atau bujang.

“Mangsa kemudian membe­ritahu dia telah mendirikan rumah tangga, namun isterinya berada di Pakistan.

“Mangsa seterusnya diminta melakukan ketuk ketampi lebih 10 kali,” katanya di sini semalam.

Selepas melakukan ketuk ke­tampi, salah seorang suspek memarahi dan menarik seluar mangsa sebelum memotong kemaluan sehingga menyebabkan lelaki itu pengsan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dekat sini.

“Keadaan lelaki itu dilaporkan stabil. Usaha mengenal pasti dan mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan,” katanya.

Setakat ini motif kejadian itu masih belum diketahui.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI