fbpx

Lagi borang rentas negeri kosong tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Borang rentas negeri yang tular melibatkan tandatangan penolong ketua balai polis Seksyen 6, Shah Alam.

SHAH ALAM – Sekeping lagi borang rentas negeri kosong dengan tandatangan tular dengan melibatkan Balai Polis Seksyen 6, hari ini.

Berdasarkan borang yang tular dengan tulisan “Thank you tolong kali kedua, xyah beratur panjang-panjang. Ada cable(orang dalam) dah, mudah baseo sney kiro,”.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay anak Embol dalam kenyataan sebentar tadi memaklumkan siasatan awal mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6, Sarjan Mejar Mohd. Fadzli Ali.

“Satu kertas siasatan polis dibuka mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” jelasnya.

Terdahulu, Kosmo! Online harini melaporkan satu borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Ketua Polis Balai Chukai, Kemaman di Terengganu iaitu Inspektor Mohd. Ramizan Ramli telah dipalsukan turut tular hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI