fbpx

Harimau Malaya perlu segera divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya akan berlepas ke UAE pada pertengahan Mei untuk aksi persahabatan dan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. – FB FAM

SKUAD Harimau Malaya perlu segera menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika pasukan tersebut dalam persiapan menghadapi saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Jun ini.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, pihaknya berharap kesemua pemain kebangsaan akan me­nerima suntikan vaksin Covid-19 selewat-lewatnya pada penghujung April ini nanti.

Pasukan bola sepak kebangsaan dijangka akan berlepas ke UAE pada pertengahan Mei nanti dan bakal menjalani dua perlawanan persahabatan di negara itu sebelum bermain di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 nanti.

“Ketika ini pemberiaan suntikan vaksin Covid-19 masih dalam proses perbincangan dan masih belum ada tarikh akhir yang ditetapkan

“Kami telah mohon semua pemain kebangsaan divaksinkan lebih awal. Jika seminggu sebelum mereka diberikan vaksin agak lewat. Kalau boleh kami mahu semua pemain Harimau Malaya menerima vaksin sepenuhnya.

“Kita harap awal Mei nanti pemain negara telah menerima suntikan dos kedua dan kita boleh berlepas ke UAE tanpa sebarang kebimbangan,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Melaka United dengan syarikat KenTEAM.

Sebagai rekod, seramai 264 atlet dan pegawai yang akan mewakili negara ke kejohanan antarabangsa dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula April ini.

Ia adalah kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama.

Pada Mei ini, semua 264 individu itu akan mendapatkan suntikan dos kedua sekali gus memberi keyakinan kepada mereka untuk kembali bertanding di pe­ringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI