fbpx
Anggota bomba BBP Bandar Penawar memadam api kebakaran bahagian dapur rumah dalam kejadian di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor semalam. Foto IHSAN BOMBA

Dua beradik nyaris rentung, main bakar-bakar kertas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Padah bermain api ketika ketiadaan ibu, dua kanak-kanak nyaris rentung apabila rumah didiami keluarga terbakar 30 peratus di bahagian dapur dalam kejadian di Bandar Penawar di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 12.49 tengahari.

“Ketika Pasukan Keluar Operasi (PKO) sampai, api masih marak pada bahagian dapur rumah berkenaan yang dibina dari struktur kayu.

“Hasil maklumat yang kita terima ketika kejadian hanya terdapat dua orang di rumah terbabit iaitu kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bersama adiknya anggaran lima tahun.

“Ayahnya keluar bekerja sementara ibunya ketika itu keluar sekejap kerana mempunyai urusan. Menurut kakaknya kebakaran berlaku disyaki berpunca dari adik perempuannya yang bermain bakar-bakar kertas di dapur,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Fadli berkata, menyedari terdapat api membakar kawasan dapur itu kakaknya terus menjerit meminta tolong jiran-jiran.

Katanya, tindakan pantas bomba yang tiba ke lokasi kejadian berjaya mengawal api dari terus marak ke seluruh rumah.-K! ONLINE