fbpx

Aligator menyorok bawah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aligator sepanjang lebih 3 meter ini ditemui di bawah sebauah kenderaan di sebuah kompleks perumahan. -Twitter Pejabat Syerif daerah Hillsborough

TAMPA, Florida – Satu rakaman video  disiarkan di laman Twitter memaparkan  seekor aligator dengan panjang lebih 3 meter ditemui menyorok di bawah kereta  di sebuah kejiranan di Florida, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menerusi rakaman itu, beberapa lelaki dilihat mengangkat aligator tersebut dan meletakkannya di bahagian belakang sebuah trak. Mulut aligator itu diikat menggunakan pita pelekat.

“Ini merupakan aligator yang besar, panjangnya ialah 3.10 meter,” demikian menurut Pejabat Syerif daerah Hillsborough dalam statusnya di Twitter. Pihak berkuasa itu turut memuat naik video penangkapan aligator tersebut.

Polis dan pegawai hidupan liar bergegas ke kawasan parkir kompleks apartmen tersebut pada pukul 8.45 pagi (waktu tempatan)  31 Mac lalu selepas menerima laporan berhubung penemuan aligator di situ.

Sekurang-kurangnya tiga orang diperlukan untuk mengangkat reptilia  itu diikuti sorakan orang awam yang berkumpul untuk melihat kejadian tersebut.

Menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida, kemunculan tidak dijangka aligator itu mungkin disebabkan musim mengawan di mana aligator jantan menjadi lebih agresif. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN