fbpx

45 suspek kes dadah tampil serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanyan (tengah) menunjukkan sebahagian fotofit orang dikehendaki dalam kes berkaitan dadah di Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seramai 45 individu yang disyaki suspek kes berkaitan dadah berjaya dikesan berikutan pelancaran operasi khas oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman mulai awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum ini, pihaknya telah mengeluarkan fotofit 263 orang dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 1 April lalu.

“Setakat ini, 45 orang dikehendaki tersebut telah menyerah diri dan kesemua mereka bakal dituduh di mahkamah pada masa terdekat.

“Kebanyakan mereka yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 66 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sehubungan itu, Hanyan berkata, baki orang dikehendaki lain yang turut disiarkan digesa agar tampil menyerah diri di balai polis terdekat dengan segera.

Ujar beliau, orang awam yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung orang dikehendaki tersebut boleh menghubungi Sarjan Izhamm Halim di talian 019-2082080 atau menghubungi balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI