fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki disyaki dibunuh, terdapat kesan cedera di dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang kakitangan swasta ditemui mati disyaki dibunuh di kediamannya di Apartment Tulip, Jalan Pandan Indah 29, Taman Pandan Indah, Ampang di sini hari ini.

Lelaki tempatan yang berusia 30 tahun itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan terlentang di atas katil bilik tidur sekitar pukul 2 petang oleh adiknya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima maklumat daripada adik mangsa memaklumkan abangnya tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur di apartment berkenaan.

“Berikutan itu, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia dalam keadaan terlentang di atas katil bilik tidur.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mayat mangsa mendapati terdapat kesan luka pada bahagian dada disyaki terkena objek tajam,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, semakan lanjut mendapati mangsa dipercayai dibunuh dan meninggal dunia di antara pukul 10 hingga 11 pagi.

“Difahamkan ketika kejadian, hanya mangsa berdua bersama adiknya di rumah berkenaan, manakala ahli keluarga yang lain berada di luar.

“Majikan mangsa turut memaklumkan kepada ibunya yang mangsa tidak datang bekerja pada hari berkenaan,” ujarnya.

Menurut beliau, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Proses bedah siasat akan dijalankan esok di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi mengenal pasti punca kematian,” ujarnya.

Katanya, polis masih menyiasat motif sebenar kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kan un Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN