fbpx

YPM sediakan dana RM2 juta bantu 1,800 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizar (dua kiri) menyampaikan replika cek Program CSR Pendidikan Anak Angkat Pesisir Pantai YPM kepada Hassany.

KOTA BHARU – Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memperuntukkan dana sebanyak RM2 juta kepada lebih 1,800 pelajar sekolah yang cemerlang di beberapa negeri di pantai timur dan utara menerusi Skim Anak Angkat YPM.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin berkata, peruntukan itu ditawarkan melalui biasiswa kepada pelajar cemerlang daripada keluarga B40.

Katanya, melalui skim itu, murid sekolah rendah akan menerima sebanyak wang tunai sebanyak RM80 manakala pelajar sekolah menengah pula RM100 setiap bulan.

“Bantuan ini secara tidak langsung dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa sekaligus dapat meningkatkan pendidikan mereka.

“Di Kelantan, YPM telah mengenal pasti seramai 94 pelajar yang akan menerima pembiayaan itu selepas melalui pelbagai tapisan daripada kita berdasarkan kriteria tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Tawaran Biasiswa Pelajar menerusi Program Pendidikan Pesisir Pantai (4P) di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Rektor Kanan IPG, Dr. Rosli Yacob dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Sektor Pembelajaran, Hassany Hashim.

Dalam majlis itu, Mohd. Nizar menyerahkan cek bernilai RM96,000 kepada Hassany untuk diagihkan kepada 50 pelajar tahun lima sehingga menamatkan sekolah rendah bagi tempoh dua tahun.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI