fbpx

Apa-Apa Hello! kongsi berita santai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Apa-Apa Hello bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat selama sejam bermula 9 pagi di laman Facebook Kosmo! Online dan Utusan Online.

PETALING JAYA – Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) ­mengorak langkah baharu dalam bidang digital apabila melancarkan program Apa-Apa Hello! bagi menyampaikan kandungan berita menerusi platform media sosial.

Menariknya, program terbaharu itu bukan sahaja mengupas berita daripada akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia, malah me­libatkan akhbar The Malaysian Reserve terbitan TMR Media Sdn. Bhd.

Eksekutif Promosi dan Publisiti Media Mulia, Hazwan Hairul berkata, program tersebut boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi di laman sosial Facebook rasmi ketiga-tiga akhbar tersebut.

“Kami mahu membawakan sesuatu yang bersifat santai ­kepada pembaca kerana setiap kupasan berita dalam tiga akhbar akan disampaikan secara bersahaja dan lebih mudah difahami.

“Program itu juga mungkin akan menjadi platform terbaik pembaca untuk mengetahui ­berita-berita terkini walau di mana mereka berada ekoran boleh ditonton secara atas talian,” katanya di sini semalam.

Jelasnya, sambil ke tempat kerja pelayar Facebook Kosmo! Online dan Utusan ­Malaysia boleh mendengar siaran langsung tajuk-tajuk akhbar menarik pada hari berkenaan.

Program Apa-Apa Hello! yang bersiaran selama satu jam akan menampilkan beberapa segmen utama antaranya Bedah Akhbar, Apa Yang Viral, Apa-Apa Hello Review Seminit, Sekilas Fakta dan Quotes of the Day.

Selain menampilkan hos utama iaitu Hazwan Hairul dan Izwan Ramlan, program itu turut menjemput hos bersama terdiri daripada wartawan Kosmo! dan Utusan Malaysia sendiri.

Selain itu, program berkenaan turut menawarkan segmen Apa-Apa Hello Review bagi membantu peniaga mempromosikan perniagaan mereka.

Kata Hazwan, program itu juga mempunyai satu segmen baharu yang pasti menarik minat ramai iaitu Happy Hour.

“Pada segmen ini kita akan berikan hadiah menarik kepada pelayar setia di laman sosial sebagai tanda penghargaan kerana sering menonton segmen Apa-Apa Hello,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI