fbpx

Pahang kempunan raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WING Attack Negeri Sembilan, Nur Syafiqah Hafizah (tengah) cuba merampas bola daripada pemain Pahang pada saingan NSL di Stadium Juara, Bukit Kiara malam tadi. – SHIDDIEQIIN ZON

KECEDERAAN dialami goalshooter skuad remaja kebangsaan, Siti Maisarah Affandi dilihat merencatkan peluang Pahang Tulips untuk menamatkan kemarau kemenangan sebelum menutup kempen Netball Super League (NSL) musim ini.

Bagaimanapun, Pahang terpaksa akur pulang dengan tangan kosong tanpa melakar sebarang kemenangan selepas tewas 49-52 kepada Negeri Sembilan (NS) Venom pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Skuad kendalian Hapizah Jaafar itu sebenarnya menampilkan corak permainan yang lebih kemas dan tersusun pada kali ini berbanding ketika tewas 38-44 kepada NS Venom bagi pusingan pertama pada 20 Mac lalu.

Ia terbukti apabila Pahang cuma ketinggalan satu gol kepada NS Venom dengan keputusan 13-12 pada suku pertama dan kekurangan tiga jaringan, 25-22 dalam suku masa kedua.

Pahang terpaksa akur kehilangan khidmat Maisarah, 18, yang merupakan ketua pasukan untuk tempoh 15 minit permainan selepas mengalami kecederaan buku lali kanan pada hujung suku kedua permainan.

Ketiadaan Maisarah yang pernah membantu Malaysia menjuarai Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia 2019 itu dimanfaatkan sepenuhnya NS Venom untuk menjarakkan kedudukan 44-34 dengan kelebihan 10 jaringan apabila tamat suku ketiga.

Tuah ternyata tidak memihak kepada Pahang apabila kehilangan seorang lagi pemain utama di bahagian pertahanan, Aimie Shyz­leen Che Suhaimi disebabkan kecederaan buku lali walaupun Maisarah kembali dimasukkan pada suku terakhir.

Kemasukan semula Maisarah menyaksikan Pahang cuba sedaya upaya melakukan kebangkitan dramatik, namun ia sudah terlambat apabila mereka ­akhirnya terpaksa menerima hakikat tewas juga dengan kekalahan tipis 49-52.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI