fbpx

Jenaka April Fool BamBam tipu peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAMBAM

PENYANYI BamBam membuat kejutan kepada peminat apabila mengumumkan akan mengadakan konsert jelajah dunia, BamBam Money City World Tour 2021.

Pengumuman pada tengah malam 31 Mac lalu tersebut turut disertakan dengan video pendek sebagai iklan promosi awal untuk konsert jelajah penyanyi itu menerusi media sosialnya.

Turut disertakan adalah tanda pagar #comingsoon dan #abysscompany sekali gus membuatkan peminat yakin bahawa konsert penyanyi itu akan dianjurkan tidak lama lagi meskipun sekarang dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19.

Menerusi Twitternya, BamBam berkongsi video promosi berserta pautan laman web www.SkrrtSkrrt/IGOTYOU/maybenot/imsorry/iloveyou/iwillmakeithappen/aprilfools.com.

Bagaimanapun, peminat yang pada awalnya teruja dengan pengumuman dibuat penyanyi itu sedikit hampa apabila mengetahui semuanya hanyalah gurauan semata-mata sempena sambutan Hari April Fool pada 1 April lalu.

Meskipun kecewa, namun peminat tetap menganggap jenaka yang dilakukan anggota kumpulan GOT7 itu sangat melucukan dan menghiburkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI