fbpx

ECRL 3.0 telah belanja kos RM50 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Wee Ka Siong

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan kos bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) 3.0 adalah RM50 bilion, lebih menjimatkan berbanding kos ditetapkan ECRL 2.0.

Projek itu kini lebih menjimatkan dari segi perbelanjaan infrastruktur kerana ia melaksanakan dua projek rel pada satu harga.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kerajaan mengubah semula jajaran Seksyen C ECRL 3.0 ke Jajaran Utara seperti yang dicadangkan pada tahun 2016 hingga 2017.

Beliau berkata, jajaran itu membabitkan laluan dari Mentakab, Pahang ke Pelabuhan Klang, Selangor yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM50 bilion yang mana kosnya lebih rendah kos ECRL 2.0.

“Kami mendapati jajaran utara akan meningkatkan kebolehmampuan projek ECRL seterusnya memberi lebih manfaat kepada ekonomi, alam sekitar dan sosial.

“Projek ECRL 3.0 juga akan melibatkan infrastruktur projek Serendah Bypass sebagai sebahagian daripada jajaran dan skop projek untuk menarik lebih muatan kargo,” katanya pada sidang akhbar mengenai jajaran baharu ECRL 3.0 di sini hari ini.

Katanya, kementerian mencadangkan jajaran ECRL di antara Serendah dan Pelabuhan Klang kini merangkumi dua jenis landasan iaitu landasan tolok standard (1.435 meter) untuk ECRL dan landasan tolok meter (1 meter) untuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI