fbpx

Waspada musuh jadikan Islam sebagai sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Umat Islam perlu sedar dan berwaspada kerana musuh-musuh Islam sering menjadikan agama yang suci ini sebagai sasaran dalam pelbagai bentuk.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sindiran dan persepsi yang jauh terpesong daripada kebenaran adalah antara bentuk-bentuk penghinaan yang sering berlaku.

“Fenomena ini disokong oleh perbuatan biadap umat Islam itu sendiri yang bersikap acuh tidak acuh terhadap ilmu agama, malah membiarkan diri dalam kejahilan dan ketirisan akhlak.

“Ada yang sanggup melakukan senda gurau terhadap hukum-hukum Islam, mengolok-olokkan syariat dan peraturan, mempermain-mainkan hukum untuk menghina syariat beragama,”titah baginda menerusi laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Baginda turut menzahirkan dukacitanya apabila ada manusia yang suka mempermainkan kalimah Allah malah mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bercanggah dengan akhlak dan aqidah Islam.

“Tidak sedarkah mereka dengan kebiadapan sebegini mengundang kemurkaan Allah? Alpakah mereka bahawa tindakan itu amat bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW?,” titahnya.

Sehubungan itu, baginda menyeru rakyat Selangor agar memahami dan menghayati initipati Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib di masjid-masjid seluruh negeri bertajuk “Jangan hina Islam”, kelmarin.

Justeru, Sultan Sharafuddin menegaskan para pemimpin hendak sentiasa berperanan dan bersikap tegas berlandaskan nas Syariat serta peruntukan perundangan negara demi mempertahankan kemuliaan Islam ini.

“Negeri ini amat mengambil berat berkenaan jenayah menghina dan mempermain-mainkan agama islam.

“Ingatlah semua! menghina Islam merupakan suatu kesalahan jenayah syariah di negeri ini dan semua negeri lain di Malaysia. Peruntukan-peruntukan yang membabitkan kesalahan ini diletakkan dalam bahagian yang berkaitan dengan kesucian agama Islam dan institusinya,” titahnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI