fbpx

Kebangkitan sempurna dipamer Southampton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REDMOND (kanan) muncul wira Southampton apabila meledak gol kemenangan pasukan itu ketika menewaskan Burnley sebentar tadi. - AFP

SOUTHAMPTON – Biarpun terlebih dahulu ketinggalan dengan dua gol, namun Southampton berjaya mempamerkan aksi kebangkitan luar biasa untuk mencatat kemenangan 3-2 mengatasi Burnley pada aksi yang berlangsung di St. Mary sebentar tadi.

Skuad kendalian Ralph Hasenhuttl itu turun dengan misi untuk memperbaiki kedudukan apabila berada di tangga ke-14 manakala Burnley pula di belakang mereka dengan berkongsi 33 mata sebelum perlawanan tersebut bermula.

Sebaik wisel ditiupkan, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan pantas dan serang menyerang sehinggalah nasib menyebelahi Burnley yang dihadiakan sepakan penalti sebelum ia disempurnakan oleh Chris Wood pada minit ke-12.

Ketika Southampton berusaha keras untuk menjaringkan gol penyamaan, mereka dikejutkan dengan gol kedua Burnley menerusi Matej Vydra pada minit ke-28.

Biarpun ketinggalan dengan dua jaringan, The Saints tidak mudah berputus asa apabila mereka akhirnya menemui gol pembukaan melalui Stuart Armstrong selang tiga minit kemudian yang menjadi detik penting kebangkitan mereka.

Kira-kira 11 minit kemudian, penyerang sensasi Southampton, Danny Ings berjaya meledak gol penyamaan untuk kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan pada rehat babak pertama dengan keputusan 2-2.

Bersambung babak kedua, anak-anak buat Hasenhuttl semakin yakin untuk memburu kemenangan apabila melakukan asakan berterusan ke gawang Burnley yang dikawal oleh Nick Pope dan hasilnya mereka berjaya mendapat gol kemenangan menerusi Nathan Redmond pada minit ke-67.

The Saints seharusnya juga berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Fraser Foster yang berjaya menafikan dua percubaan terbaik daripada Wood pada lewat permainan untuk membolehkan mereka mencatat kemenangan kedua dalam 13 aksi.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Southampton melonjak ke kedudukan 13 pada saingan Liga Perdana Inggeris dengan memiliki kelebihan 10 mata berbanding pasukan yang berada di zon penyingkiran. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI