fbpx

Aplikasi khas untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Negeri akan membangunkan satu aplikasi khas pendaftaran bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk mereka mendapatkan suntikan vaksin awal daripada kerajaan pusat.

Aplikasi yang dipanggil ‘IMMU Plan Johor’ itu dibangunkan ekoran program khas yang diwujukan kerajaan pusat untuk memberi vaksin kepada 100,000 individu dari Malaysia yang bekerja di Singapura.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, aplikasi ini sedang dibangunkan dan pada peringkat awal ini digunakan untuk mereka yang perlu bekerja berulang alik ke negara republik itu.

“Jumlah awal yang kita bincangkan dan kemuka permohonan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) adalah melibatkan seramai 100,000 individu untuk pendaftaran vaksin ini,” katanya pada sidang akhbar selepas bermesyuarat bersama Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar, di sini hari ini.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, beliau mengalu-alukan cadangan daripada Kerajaan Negeri bagi pembangunan aplikasi berkenaan.

“Apa yang kita lihat, kita boleh integrasikan senarai pendaftaran daripada aplikasi ini dengan MySejahtera..tidak ada masalah.

“Jadi, aplikasi ini digunakan untuk menyenaraikan mereka yang berulang alik dari Singapura dan kita boleh juga ambil data itu dan dimasukkan ke dalam MySejahtera untuk beri mereka temu janji vaksin,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI