fbpx
AISHAH mengakui pasukan Sleepy Yorlax dalam usaha mengejar status pasukan e-Sukan profesional tetapi perlu bersaing dalam Liga Profesional PUBGM (PMPL) pada masa akan datang.

Sleepy Yorlax pasang impian ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN amatur e-Sukan negara, Sleepy Yorlax berharap dapat tampil cemerlang pada aksi pusingan kedua kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 kategori PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM) dengan meletakkan sasaran ke pusingan akhir minggu depan.

Pengurus pasukan Sleepy Yorlax, Siti Aishah Mohd. Faudzi berkata, meskipun ‘anak-anak buahnya’ baru sahaja dibentuk, ia tidak bermakna pasukan pesaing boleh memandang enteng pada saingan kelayakan kali ini.

“Secara jujur, kami lebih berminat untuk merendah diri pada kejohanan MES kali ini sekali gus selesa dengan gelaran underdog. Namun, pada masa sama, saya percaya sasaran semua pasukan adalah sama iaitu untuk bergelar juara.

“Malah, sepanjang sesi latihan yang dilakukan sepanjang ­minggu ini turut berlangsung dengan baik dan saya percaya, keserasian antara pemain dalam me­ngatur strategi dan corak taktikal permainan bertambah ampuh.

“Cuma, masih ada beberapa kelemahan yang perlu kami perbaiki terutama daripada aspek komunikasi memandangkan pasukan hanya dapat menjalani latihan secara individu kerana masih belum memiliki rumah gaming sendiri,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Aishah me­ngakui, pasukan Sleepy Yorlax dalam usaha mengejar status pasukan e-Sukan profesional tetapi perlu bersaing dalam Liga Profesional PUBGM (PMPL) pada masa akan datang.

“Sudah menjadi impian mana-mana pasukan yang aktif dalam permainan video PUBGM mahu bersaing pada PMPL kerana itu adalah pentas tertinggi di Malaysia, selain peluang untuk bersaing dengan pasukan-pasukan profesional lain,” katanya.

Sebagai rekod, lapan pasukan terbaik bagi PUBGM dan lapan pa­sukan untuk saingan MLBB telah mengesahkan tempat di pusingan akhir yang akan berlangsung pada 9 hingga­ 11 April ini.

Seramai 128 pasukan akan berentap dalam pusingan kelayakan dalam usaha merebut had terkumpul sebanyak RM40,000 juga bagi permainan PUBGM.

POPULAR