fbpx

Pekerja Radicare maut dirempuh lori langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat Hoshas Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Gara-gara sebuah lori yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh lori berkenaan di persimpangan lampu isyarat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di kilometer 121 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Khairul Izmi Baharuddin,44, yang merupakan pekerja Radicare di Hoshas Temerloh dalam perjalanan ke hospital berkenaan.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah lori dari Paya Pulai Temerloh menghala ke kilang perabut di Mentakab tidak berhenti di lampu isyarat merah dan melanggar penunggang motosikal yang sedang bergerak memasuki simpang ke Hoshas.

“Akibat pelanggaran tersebut menyebabkan penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hoshas untuk siasatan lanjut dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, pada masa ini pihak polis menahan pemandu lori yang berumur 35 tahun untuk siasatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI