fbpx

NSL platform terbaik permata baharu bola jaring negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BEKAS pemain bola jaring negara, Puah Pei San menganggap penganjuran edisi pertama Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hingga 11 April ini hadir pada waktu yang tepat.

Pei San,, 35, percaya saingan NSL mampu menjadi platform terbaik buat permata baharu menonjolkan bakat dalam usaha mencari tempat dalam skuad remaja kebangsaan tahun ini.

“Sebagai bekas pemain dan jurulatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil ketika ini, saya melihat NSL sebagai pentas terbaik memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda untuk merasai sistem permainan yang berbeza di peringkat kebangsaan.

“Jika melihat kalendar, Piala Dunia Remaja akan berlangsung hujung tahun ini. Saingan Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia juga akan diadakan tahun ini.

“Ia (NSL) boleh menjadi me­dium buat peninjau (scout) skuad negara mengenal pasti bakat-bakat baharu selain memantau prestasi semasa pemain-pemain yang sudahpun berada dalam senarai kebangsaan,” katanya.

Pei San merupakan sebaha­gian daripada pemain skuad emas bola jaring kebangsaan yang berjaya merampas kejua­raan daripada Singapura untuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Bagaimanapun, hasrat atlet dari Klang, Selangor itu untuk terus menyarung jersi skuad kebangsaan tidak kesampaian apabila dia mengumumkan persaraan antarabangsa pada 2018 disebabkan kecederaan lutut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI