fbpx

Lelaki Indonesia khianat pecah cermin bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Polis menahan seorang lelaki warganegara Indonesia yang dipercayai terlibat melakukan satu aktiviti khianat di sebuah bank di Indahpura, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9 malam.

Menurutnya, anggota daripada unit Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kulai bergegas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warganegara Indonesia yang dipercayai telah memecahkan cermin pintu utama bank berkenaan.

“Pemeriksaan bersama kakitangan bank turut mendapati kesan darah disyaki milik suspek manakala tiada sebarang kecurian atau kehilangan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Beng Yeow, siasatan lanjut ke atas suspek mendapati suspek mempunyai masalah kesihatan mental.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI