fbpx

Kereta Audi R8 hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. -Foto IHSAN BOMBA

PETALING JAYA – Seorang pemandu hanya mampu melihat kereta Audi R8 kesayangannya musnah dijilat api berdekatan Tol Penchala Link menghala Kuala Lumpur, di sini semalam.

Bagaimanapun mangsa dikatakan sempat menyelamatkan diri sebelum api marak dengan lebih cepat.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Bahron Amzah, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.32 petang.

“Seramai 15 petugas bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Audi 100 peratus.

“Tiada mangsa yang terlibat dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 1.49 petang,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI