fbpx

Isteri disyaki positif dadah, direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang keluarga mangsa menunjukkan lokasi kejadian bunuh di Kampung Desa Makmur, Majidee, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Isteri kepada lelaki yang mati dikelar dan ditikam yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, hasil ujian air kencing ke atas wanita berusia 30an itu mendapati positif dadah disyaki jenis syabu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah.

“Polis juga telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 9 April depan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Padzli berkata, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi semalam, seorang lelaki berusia 26 tahun ditemui mati selepas mengalami kecederaan pada leher dan dada dalam kejadian di Kampung Desa Makmur, Majidee di sini.

Mangsa dipercayai dikelar menggunakan pisau pemotong kertas ditemui abangnya terbaring di jalan memasuki rumah mereka sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang wanita berusia 30an yang juga isteri kepada mangsa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI