fbpx

Amah bantu majikan tingkat produktiviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR, WARTAWAN EKSEKUTIF

SEJAK penularan pandemik Covid-19 tahun lalu, segelintir majikan berdepan masalah untuk menguruskan kehidupan seharian mereka setelah khidmat pembantu rumah asing terpaksa dihentikan.

Penutupan sempadan bagi mengekang penularan virus itu menyebabkan majikan terpaksa menguruskan sendiri hal di rumah masing-masing.

Amah pada asasnya mempunyai peranan besar dalam kehidupan seharian mereka kerana menjaga ahli keluarga majikan.

Ketiadaan pembantu rumah menyebabkan produktiviti me­rudum kerana waktu yang seharusnya digunakan untuk be­kerja tidak dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana perhatian terpaksa dibahagikan antara kerja dan menjaga ahli keluarga seperti anak.

Bagi yang terdesak, mereka terpaksa menggunakan khidmat pembantu rumah guna semula iaitu warga asing yang sudah lama be­kerja di negara ini bagi tugasan tersebut, namun banyak risikonya.

Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia (Pusma) mendedahkan antara risiko itu adalah ditipu wang apabila pembantu rumah yang digaji­kan itu tidak muncul setelah bayaran dijelaskan.

Bagi pembantu rumah guna semula yang hadir bekerja, terdapat juga kemungkinan mereka melarikan diri setelah beberapa hari ataupun bulan bekerja.

Menurut Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), faktor status pekerjaan dan gaji tidak lumayan menyebabkan rakyat tempatan tidak berminat bekerja sebagai pembantu rumah.

Pusma yang mewakili ­suara gabungan agensi pekerjaan swasta dalam satu sidang akhbar pada bulan lalu menyatakan, sekurang-kurangnya 10,000 majikan di negara ini memerlukan khidmat amah warga asing.

Bagi mereka, pembantu rumah asing yang dibawa masuk secara sah merupakan elemen penting dalam membantu me­ngukuhkan kembali perniagaan mahupun perjalanan kehidupan dalam masa terdekat.

Akhirnya, rayuan demi rayuan yang dibuat berbalas apabila kerajaan pada 30 Mac lalu meng­umumkan pembantu rumah a­sing dibenarkan kembali be­kerja di negara ini.

Apa yang perlu dilakukan golongan itu adalah membuat permohonan menerusi My Travel Pass dan sebaik mendapat kebenaran, mereka harus menjalani ujian saringan Covid-19.

Presiden Pusma, Zarina Ismail memberitahu, mereka menjangkakan golongan majikan akan mula menggunakan khidmat pembantu rumah a­sing sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang.

“Kami berpendapat amat sukar untuk kita seimbangkan antara sudut ekonomi dan kesihatan, namun sesuatu perlu dilakukan. Kita masih mencari tarikh yang sesuai untuk membuka sempadan negara.

“Keadaan semakin suram, kita seharusnya mencari kesimba­ngan agar ekonomi negara tidak kecundang kerana pandemik ini. Selain prosedur operasi stan­dard yang ditetapkan kerajaan, kami juga menyediakan insurans bagi pembantu rumah khas untuk Covid-19,” katanya.

Menurut beliau, penawaran insurans itu secara tidak langsung mengurangkan bebanan majikan di negara ini.

“Biarlah kedua-duanya seimbang, janganlah kita membiarkan produktiviti dan ekonomi jatuh kerana ia boleh diatasi dengan mematuhi SOP, menjalani kua­rantin dan ujian calitan secara teratur,” kata beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI