fbpx

Sanggup racun anak demi wang insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ashley meracuni anaknya dengan cara memberi dadah secara berlebihan yang dimasukkan ke dalam ubat. - Jabatan Polis Houston/New York Times

HOUSTON, TEXAS – Seorang ibu didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia enam tahun bagi menuntut wang insurans nyawa, lapor akhbar New York Post hari ini.

Tertuduh, Ashley Marks, 25, didakwa membunuh anaknya, Jason Sanchez- Marks, dengan cara memasukkan campuran pelbagai jenis dadah ke dalam ubat anaknya yang menghidap batuk kering.

“Saya percaya Ashley meracuni anaknya untuk mendapatkan wang daripada dua polisi insurans nyawa yang diambil untuk anaknya sebulan sebelum kematiannya.

“Dia dengan sengaja memberi anaknya metamfetamin dan pelbagai jenis dadah dalam dos yang berlebihan,” ujar pendakwaraya di Pejabat Peguam Daerah Harris, Gilbert Sawtelle.

Sebelum kematiannya, Jason Sanchez dan adik perempuannya yang berusia empat tahun tinggal bersama datuknya selepas mereka disahkan menghidap batuk kering.

Ashley yang merupakan seorang ejen insurans berlesen di Texas dilaporkan pergi melawat dua beradik itu dan memberikan mereka ubat, namun enggan dimakan oleh anak perempuannya.

“Menurut datuknya, dia ada menghubungi Ashley selama beberapa kali dalam tempoh dua hari untuk memberitahu bahawa anak lelakinya sakit.

“Namun, kedua-dua mereka tidak mendapatkan rawatan perubatan terhadap kanak-kanak tersebut, lantas menjadikan keadannya bertambah teruk,” kata laporan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.

Kanak-kanak malang itu kemudiannya ditemui tidak bergerak oleh datuknya pada 27 Jun 2020 sebelum mati sejurus sebelum polis tiba. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI