fbpx

Penyokong setia JDT banjiri Stadium Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penyokong setia JDT yang berpeluang menyaksikan perlawanan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, di sini malam ini. / FOTO RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Penyokong setia pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mula membanjiri perkarangan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri seawal pukul 6 petang bagi menyaksikan perlawanan JDT bertemu Melaka United, malam ini.

Bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penonton, pihak pengurusan JDT dilihat menempatkan kira-kira 100 anggota bagi memantau keadaan kawalan pergerakan di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Antara pihak yang dilihat memantau disetiap penjuru dan sekitar kawasan stadium adalah Marshall, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bubble Volunteer daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Penyokong JDT kelihatan bersemangat pada malam ini.

Penyokong JDT yang pertama tiba di stadium, Daing pelawa Abdul Majid, 34, tidak dapat menyembunyikan keterujaan apabila kembali dapat menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium.

Katanya, sebagai persiapan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dia turut membawa cecair pembasmi kuman serta pelitup muka untuk digunakan.

“Saya merasa cukup teruja apabila sudah boleh kembali ke stadium sekali gus dapat mengubat kerinduan sebagai penyokong setia.

“Saya berharap semua, penyokong yang hadir ke stadium malam ini dapat mematuhi SOP dan menjaga penjarakan sosial sebagai bukti pematuhan dibuat,” katanya yang memegang pas bermusim emas.

Menurut penyelia kelab penyokong JDT, Boys Of Strait (BOS), Al Malik Al haj, 50, penyokong yang datang daripada pelbagai daerah tidak mempunyai masalah untuk mematuhi SOP ketika masuk ke stadium.

“Kepuasan kembali menjejakkan kaki setelah lebih setahun perlawanan berlangsung tanpa penyokong tidak ubah seperti kerinduan yang terubat,” ujarnya.

Selain perlawanan JDT berdepan Melaka United FC pada 2 April, hari ini, satu lagi perlawanan iaitu Kuala Lumpur City FC menentang Sabah FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, esok dijadikan projek perintis atau perlawanan percubaan bagi kemasukan penonton musim ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI