fbpx

Obor-obor bulan muncul di Pantai Tok Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menunjukkan obor-obor bulan yang ditemui di pesisir Pantai Tok Bali, Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pasir Puteh menaikkan bendera merah di Pantai Tok Bali di sini hari ini bagi mengelakkan pengunjung mandi di pantai selepas didapati sekumpulan obor-obor bulan muncul di kawasan itu.

Pegawai APM Pasir Puteh, Kapten Nik Mohd. Nor Nik Mat berkata, amaran tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan orang ramai disengat hidupan marin daripada keluarga Aurelia Aurita itu yang boleh menyebabkan kegatalan kulit.

Katanya, kemunculan sekumpulan obor-obor itu dikesan oleh anggota APM yang bertugas di pantai itu semalam.

“Difahamkan, terdapat 15 ekor obor-obor bulan dewasa dikesan berada di kawasan laut sebelum ia dibawa ombak ke tepian pantai.

“Hidupan marin itu dikhuatiri datang ke pesisir pantai ketika cuaca panas. Kita menaikkan bendera merah sebagai langkah awal agar pengunjung tidak turun ke pantai terutamanya pada hari minggu,” katanya ketika ditemui pemberita di Pantai Tok Bali di sini hari ini.

Tambahnya, ibu bapa dinasihatkan agar memantau pergerakan anak-anak dan memaklumkan kepada mereka mengenai kemunculan obor-obor di Pantai Tok Bali yang boleh memberi kesan terutamanya individu mempunyai alahan kulit.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI