fbpx
Zulkifli mengikuti mesyuarat AMJA secara maya yang berlangsung malam tadi.

Zulkifli wakil tunggal Asia dilantik sebagai anggota AMJA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri dilantik sebagai anggota The Assembly of Muslim Jurists of America (AMJA) atau Majma’ Fuqaha’ al-Shariah bi Amrika.

Pelantikan itu menjadikan Zulkifli sebagai satu-satunya wakil Asia dalam AMJA.

Zulkifli menerusi hantaran di Facebook berkata, AMJA menghimpunkan ulama seluruh dunia Islam dan termasuk di negara-negara Barat.

“Pelantikan saya dalam AMJA adalah julung-julung kali melibatkan wakil Asia khususnya Malaysia.

“Saya dengan rendah diri menerima penghormatan daripada AMJA yang menyampaikan hasrat untuk melantik saya sebagai anggota,” katanya.

Zulkifli berkata, antara ulama terkenal yang dilantik sebagai anggota AMJA adalah Sheikh Dr. Mohammad Akram Nadwi, Sheikh Dr. Muhammad al-Zuhayli dan Sheikh Waleed Basyouni.-K! ONLINE

BERITA BERKAITAN