fbpx

TMJ sumbang RM30,000 kepada mangsa kebakaran majlis tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jahurin (kiri) menerima kurniaan sumbangan RM30,000 daripada wakil rasmi Tunku Ismail di Kampung Parit Mustaffa, Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran rumah ketika majlis pertunangan di Kampung Parit Mustaffa, Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat, baru-baru ini.

Sumbangan berjumlah RM30,000 disampaikan oleh Setiausaha Sulit Tunku Ismail kepada pemilik kediaman, Jahurin Tukiran hari ini.

Sementara itu, anak kepada Jahurin, Nur Hidayah, 20, menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada TMJ yang sudi menghulurkan bantuan.

“Dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban kami sekeluarga, terima kasih TMJ (Tunku Ismail) dan seluruh kerabat Diraja Johor serta orang ramai yang tak putus-putus menghulurkan sedekah.

“Sekarang ini kami enam sekeluarga berteduh di sebuah rumah sewa berdekatan dengan rumah kami, semuanya diuruskan oleh seorang hamba Allah ini,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 28 Mac lalu, insiden kebakaran itu tular di media sosial susulan kejadian hanya kira-kira sejam sebelum satu majlis pertunangan diadakan.

Kebakaran berlaku pada pukul 1.18 tengah hari memusnahkan hampir 80 peratus rumah pusaka berusia 100 tahun tersebut serta sebuah motosikal termasuk makanan untuk tetamu selain khemah turut dijilat api.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI